---> Blog Kaunselor <---
Klik 'Blog Kaunselor' ke blog cikgu fara .

MURAL PPDa : Pendidikan Pencegahan Dadah


Alhamdulillah... akhirnya berjaya juga mural PPDa ini dihasilkan.. selepas 2 hari bertungkus lumus di sekolah bermula 28 hingga 29 Mei 2013 (CUTI SEKOLAH).. Semoga murid-murid akan lebih bermotivasi dan menjauhi diri daripada bahaya DADAH DURJANA..

Ini merupakan sebuah lagi projek oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SKCBM.. Jangan terkejut ye.. Cikgu cuba mencungkil bakat dalam diri cikgu dan mencabar ruang bakat tersebut di sini.. bagi yang mahir.. semoga teguran membina diberikan untuk perkembangan bakat dan potensi diri pada masa hadapan.
                   Bidang PPDa merupakan salah satu daripada 6 bidang utama Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah terutama di dalam membentuk dan membina sahsiah murid-murid.
                   Di bawah ini cikgu nak kongsikan beberapa keping gambar sepanjang proses penghasilan MURAL PPDa ini.. 

Tudia !!!!!  A+ kalau kita jauhi dadah durjana.. Dalam MAKNA MURAL ni..

Dinding yang belum menerima sentuhan Cikgu Farah..

PN. Farah sedang asyik mewarna Mural yang telah dilukis beliau.

Alahai amoi mana lah tukan yang tengah di "touched up" oleh kaunselor kita..

Wahhhh Deborah pon like yer dengan Mural yang baru siap nih...

No comments:

Post a Comment