---> Blog Kaunselor <---
Klik 'Blog Kaunselor' ke blog cikgu fara .

AMALAN SEKOLAH PENYAYANG : MEMBUDAYAKAN GURU PENYAYANG DI SEKOLAH






ALHAMDULILLAH... selesai sudah majlis pelancaran Program Guru Penyayang 2015 peringkat sekolah pada 02 Mac 2015 yang lalu.

  
Majlis dilancarkan oleh Guru Besar Pn Hjh Norazmah bt Shuib dengan memalukan gong sebanyak 3 kali paluan sebagai gimik pelancaran.

Pada Majlis Pelancaran juga diselitkan dengan Majlis Menandatangani Banner Sekolah Penyayang sebagai tanda simbolik  kepada ikrar semua guru sesi pagi dan petang bersedia mengamalkan amalan guru penyayang di sekolah.

Bagi persekolahan sesi pagi ditambah dengan aktiviti penyerahan Modul Mentor Mentee Sahsiah yang berfokuskan kepada Ponteng Sifar 2015. Target pada tahun ini adalah jumlah kehadiran murid ke sekolah melebihi 95% keseluruhan. Pemantauan oleh mentor kepada mentee yang prihatin dengan keberadaan murid di sekolah akan menggalakkan perkembangan akademik dan sahsiah murid secara keseluruhannya.


ALUAN KEHADIRAN MURID DI PINTU PAGAR SEKOLAH OLEH PK HEM DAN GURU BERTUGAS NO.3 MINGGUAN



Semoga Budaya Sekolah Penyayang akan mewujudkan persekitaran persekolahan yang menyeronokkan dan menceriakan semua warga sekolah.

Terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam merealisasikan majlis pelancaran ini.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2015.....











SALAM SEJAHTERA SEMUA PELAWAT..

Tahun baru menjelma lagi.. maka bermulalah episod baru dan dunia baru tahun 2015.. selalunya Azam Tahun Baru akan membara di dalam diri... Azam untuk berubah menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..











selamat kembali ke sekolah..

ALHAMDULILLAH.. masuk tahun baru ni cikgu harap murid-murid akan lebih bersedia untuk terus tekun berusaha dan rajin belajar untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.


Di sekolah murid boleh main bersama-sama, belajar bersama-sama dan membesar bersama-sama dengan kawan-kawan seperjuangan.. maka binalah kesungguhan dan sentiasa ikhlas dalam berkawan.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH  MURID-MURIDKU SAYANG.....