---> Blog Kaunselor <---
Klik 'Blog Kaunselor' ke blog cikgu fara .

Cerita Motivasi dan Inspirasi


Ketawa Penawar Duka.
Laugh_large


KENAPA KITA KETAWA???

SAJA-SAJA KETAWA?
SUKA SUKA KETAWA?
SENGAJA NAK KETAWA?
TERPAKSA KETAWA?


25726714_bvgkge8j_c_large
Adakah kita tahu ketawa juga penting dalam kehidupan kita? Apakah gunanya ketawa pada kehidupan seharian kita? Kenapa kita perlu ketawa? 

Mengurangkan stress
 Kadar hormon stress seperti kortisol dan adrenalin akan cenderung untuk menurun ketika anda ketawa. Disebabkan hormon-hormon inilah yang memberi tekanan terhadap sistem ketahanan tubuh yang boleh mendorong kepada jangkitan, penyakit dan kesihatan yang tidak baik. 


Memperbaiki aliran dan tekanan darah 
Ketawa telah terbukti dapat menurunkan atau mengimbangkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah vaskular. Ianya dapat membantu untuk melancarkan kembali peredaran darah dan meningkatkan oksigen dalam darah. Selain daripada itu, ketawa juga merupakan terapi terbaik untuk memerangi penyakit jantung.

Merupakan senaman 
Hasil daripada penyelidikan menunjukkan bahawa dengan ketawa sebanyak 100 kali, jumlah tenaga yang digunakan adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung kanu atau 15 minit mengayuh basikal.

Meningkatkan ketahanan tubuh 
Dengan ketawa telah terbukti dapat meningkatkan kadar salivary immunoglobulin A (IgA), yang merupakan antibodi penting untuk memerangi bakteria dan jangkitan terutama dalam sistem pernafasan.

Menghilangkan kesakitan 
Ketawa adalah merupakan rawatan secara semulajadi yang dapat membantu untuk menghilangkan rasa sakit walaupun ia hanya bersifat sementara.

Meningkatkan kemahiran bersosial 
Perasankah anda dengan ketawa dapat memudahkan lagi seseorang untuk berhubung, berkomunikasi dan sebagainya. Seorang yang mudah untuk ketawa akan lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Sesuatu perhubungan akan menjadi lebih akrab sekiranya sering ketawa.

Mengurangkan agresif 
Dengan ketawa akan menyebabkan anda menjadi lebih tenang dan kurang agresif, yang boleh membantu anda membentuk perspektif yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di sekitar anda. Dalam sebuah kajian, seseorang yang gemar untuk menonton video lucu kurang bersifat agresif berbanding orang yang tidak suka menontonnya.

Memberi tenaga kepada organ dalaman 
Seperti yang telah dinyatakan, ketawa akan meningkatkan aliran darah, mengurangkan hormon stress dan secara tidak langsung merupakan salah satu senaman. Dengan kata lain, ketawa dapat membantu untuk mencerdaskan otak, jantung dan paru-paru serta merangsang organ-organ ini ke dalam tindakan yang anda lakukan dan memberikan tenaga terhadap organ-organ ini untuk berfungsi dengan baik.

Adab Belajar Mengikut Imam al-Ghazali

Luckyoptimist-rain-sun-life-love-hope-43_large

Lama benar cikgu tak update blog... cikgu cuma nak pelawat laman ini  merenung sejenak apa yang cikgu cuba kongsikan bersama untuk dijadikan makanan minda dan hati semua...
  1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.
  2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
  3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
  4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
  5. Jangan menyangkal kata-kata guru.
  6. Jangan mengumpat pelajar lain.
  7. Jangan berbisik di hadapan guru.
  8. Jangan berpaling kiri dan kanan.
  9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
  10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
  11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
  12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
  13. Jangan duduk tempat guru.
  14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
  15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
  16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
  17. Muliakan anak-anak guru.
  18. Selalu berhubung dengan guru.
  19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
  20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

Problem Solving..

Salam.. Sebagaimana yang kita tahu setiap manusia yang dilahirkan didunia ini memang tak dapat lari dari dibelenggu atau menghadapi masalah. Perbezaannya cuma bagaimana cara bagi kita menghadapi masalah tersebut. Adakah dengan cara tenang dan rasionalnya kita cuba selesaikan masalah itu atau dengan cara melarikan diri dari masalah? Tips atau langkah-langkah bagi mengatasi masalah yang dihadapi ialah:
1. Kikis segala pemikiran yang tidak elok dan yang tak baik pasal orang lain, perkara, benda dan situasi. Latih diri untuk bersangka baik dan tumpu pada nilai-nilai positif sahaja.
2. Kawal perasaan dan emosi. Jangan biarkan perasaan mengawal pemikiran korang. Cuba tarik nafas dan hembus perlahan-lahan jika korang terasa emosi korang tidak stabil.
3. Kosongkan kotak pemikiran daripada perasaan-perasaan sedih, bermuram durja dan apa jua perasaan negatif. Kosongkan sepertimana kita mengosongkan poket baju, seluar kita.
4. Perbaharui pemikiran kita dengan pemikiran yang lebih rasional dan kreatif dengan berfikir sesuatu yang positif dan menceriakan.
5. Berbuat baik kepada sesiapa saja. Dengan menolong orang dan membuat jasa boleh mendatangkan ketenangan, ketenteraman, menaikkan rasa hormat dan bangga diri.
6. Cuba dengar masalah orang lain dan cuba memberi nasihat atau fikir cara terbaik untuk menceriakan dirinya. Secara tidak langsung ini akan melatih diri kita menjadi lebih matang dalam menghadapi pelbagai permasalahan hidup.
7. Hapus segala perasaan negatif  seperti takut, gugup, tak yakin, sangsi, ragu dan rendah diri tapi bukannya tindakan dengan terlintasnya perasaan ingin membunuh diri. Ingat dengan membunuh diri tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.
8. Kadang-kadang tanpa sedar kita bermasalah sebab kita jauh dari Tuhan. Masalah diberi supaya kita dekatkan diri semula dengannya, kena banyak istighfar dan jaga sembahyang bagi yang beragama Islam.
9. Ingat, sesusah-susah kita pun, ada lagi orang yang lebih susah. Korang mesti bersyukur kerana masih ada pilihan dan alternatif-alternatif lain untuk menyelesaikan masalah satu persatu.
10. Cuba tenangkan fikiran korang dengan fikirkan perkara yang dapat menenangkan fikiran korang seperti fikirkan keindahan alam flora fauna, keindahan bunyi ombak memukul pantai, langit yang membiru atau apa yang korang sukai.
11. Cari kawan yang boleh dipercayai untuk berkongsi segala masalah yang dihadapi. Cuba dapatkan nasihat atau pandangan cara untuk menyelesaikan masalah yng korang hadapi dari orang yang lebih berpengalaman seperti emak dan ayah atau mungkin pakar kaunseling.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
...:: KATAK BERLUMBA ::...

Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil,...yang berlumba-lumba Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.

Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta...
Perlumbaan pun dimulakan...

Secara jujur:
Tak satupun penonton benar2 percaya bahawa katak2 kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara.

Terdengar ada yang berkata:
"Oh, jalannya terlalu susahhhhh!!
Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak."

atau:

"Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!!

Katak2 kecil mulai berjatuhan. Satu persatu...
... Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..

Penonton terus bersorak

"Terlalu susah!!! Tak seorangpun yang akan berjaya!!!"

Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah... 
...Tapi ada SATU yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi... 
Dia tak mahu menyerah kalah!

Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang berjaya sampai ke puncak!
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?
Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan?

Ternyata...
Katak yang menjadi pemenang itu TULI!!!!

Nasihat bijak dari cerita ini adalah:

Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis... 
...karena mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu. 

Selalulah fikirkan kata2 bertuah yang ada. 
Karena segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca boleh mempengaruhi perilakumu!
Kerana itu:
Selalulah tetap....
POSITIVE!
Dan yang terpenting:

Bersikap TULI jika ada orang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu!
Selalulah berfikir:
I can do this! 

###################

Kuasa Perkataan

kuasa perkataan motivasi
Pada hari ini saya ingin berkongsi dua perkataan yang dapat dikaitkan dengan persoalan yang sering dilemparkan kepada diri. Tuan-tuan dan puan, tanpa membuang masa saya kenalkan dua pertarung kita pada hari ini. Dua petarung hari ini akan bertarung unutk merebut ‘kejuaraan diri’. Para petarung adalah ‘Mengapa’ dan ‘Bagaimana’. Rasanya-rasanya, yang manakah adalah pemenang?
Bagaimana?
Bagaimana adalah perkataan berbentuk positif. Ia mengarah kita kepada sesuatu yang lebih baik. Contohnya apabila kita melihat sesuatu atau sedang menghadapi masalah, kita bertanya kepada diri ataupun sekeliling, bagaimana dia melakukannya? Apabila perkataan yang tepat dilontarkan, jawapan yang tepat juga dikeluarkan. Kita akan mula memikir dan mencari bagaimana perkara itu dapat dibuat atau diselesaikan. ‘Bagaimana’ membawa kepada penyelesaian masalah.
Mengapa?
Seterusnya adalah ‘mengapa’. Mengapa adalah perkataan yang membawa ke arah negatif. Apabila kita menghadapi masalah, anda mungkin mengatakan mengapa ianya terjadi kepada kita. Mengapa membawa kita kepada alam alasan. Ia membantu kita membina seribu alasan. Walau ia nampaknya ‘baik’ kerana membuat kita seorang yang tidak bersalah, tetapi sebenarnya ianya tidak membantu kita untuk masa jangka panjang. ‘Mengapa’ adalah perkataan lemah!
Oleh itu, apabila kita menghadapi sesuatu masalah atau keadaan, berhati-hatilah memilih perkataan yang ingin ditanya. Perkataan yang betul adalah amat penting dalam memperolehi keputusan yang diingini.

++++++++++++++++++++++++++++
Tips Membina Keyakinan Diri
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semasa saya menulis ini, ia adalah pagi Deepavali. Selamat Hari Deepavali untuk pembaca India.Rasa-rasanya ada tak? :-P
Hari ini saya akan berkongsi tips daripada Dr. David J. Schwartz, yang merupakan penulis buku untuk,‘ The Magic Of Thinkin Big’. Sekadar berkongsi, semasa saya membeli buku ini, ianya telah terjual lebih daripada 4 juta. Itu kes beberapa tahun yang lepas. Kalau di masa sekarang, mungkin sudah melebihi 5 juta rasanya. Rasanyalah..
Tips Membina Keyakinan Diri
tips keyakinan diri

1. Duduk di barisan hadapan di majlis yang dihadiri. Tidak kisah majlis apa yang anda hadiri. Cuba belajar untuk menjadi seorang yang duduk di barisan hadapan.
2. Berlatih membuat ‘eye contact’. Bukan mudah untuk membuat ‘eye contact’ sebenarnya. Tetapi seorang yang gagal membina ‘eye contact’ yang baik, tidak mampu mencipta pengaruh di dalam percakapannya.
3. Berjalan 25% lebih cepat dari biasa. Berjalan dengan lebih cepat seolah-olah mencipta bahasa badan anda seorang sibuk. Ianya membuatkan anda berasa seolah-olah anda seorang yang sedang menguruskan perkara yang penting.
4. Berlatih untuk bercakap. Paksa diri anda untuk memberi pendapat walaupun ianya mungkin sebenarnya ‘kecil’ bagi anda. Elak daripada terjerat dengan diri dengan mengatakan bahawa, ‘pendapat saya mungkin sebenarnya bodoh.’
5. Senyum dengan lebar.Senyum adalah bahasa badan yang positif.Ianya juga tonik kepada diri untuk membina keyakinan diri.
Semoga tips di atas membantu.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++
menjadi lebih bertuah
Kisah Tuah dengan Warren Bufftet
Kuasa mengenai tuah dimulakan kisah yang terjadi kepada seorang yang pernah berada di tangga pertama sebagai orang terkaya di dunia. Beliau yang dimaksudakan itu adalah Warren Buffet. Warren Buffet merupakan salah seorang yang berpengaruh dan berkedudukan di dunia. Beliau merupakan pemegang saham terbesar dalam beberapa syarikat penting. Saham syarikatnya merupakan antara harga saham termahal di dunia. Ini disebabkan kemampuan yang ada pada syarikatnya yang mampu memberi pulangan yang lebih tinggi daripada orang lain. Beliau juga pernah menjadi orang terkaya di dunia sebelum tempat itu diambil semula oleh Bill Gates pada tahun 2009. Lebih menakjubkan semua ini terjadi apabila beliau menderma sebahagian hartanya.
Beliau merupakan pakar dalam permainan saham. Beliau bijak dalam membaca penyata kewangan sesebuah syarikat. Mempunyai kemampuan menganalisis kemajuan sesebuah syarikat. Namun begitu, beliau tidak dinafikan turut mengalami nasib tuah yang menyumbangkan kepada kisah kejayaannya.Dalam sebuah temuramah dengan majalah Magazine, beliau telah berkongsi mengenai sebuah kisah yang telah mengubah hidupnya. Ketika itu beliau masih muda lagi dalam proses mencari haluan hidup. Buffet telah memohon untuk memasuki Sekolah Perniagaan Harvard (Harvard Business School) yang merupakan antara universiti yang diidami oleh para bakal siswa yang berminat dengan perniagaan dan ekonomi. Tetapi malangnya permohonan beliau telah ditolak.
Penolakkan itu tidak membuat beliau berputus asa. Beliau cuba mencari maklumat mengenai universiti lain di perpustakaan. Hasil usaha dan pencariannya tidak sia-sia. Beliau mendapati bahawa terdapat dua orang professor yang dikaguminya mengajar di Universiti Columbia, US ketika itu. Lantas beliau memohon secepat mungkin dan telah berjaya diterima pada saat akhir. Yang lebih mengembirakan, salah seorang daripada professor itu seterusnya menjadi mentor kepadanya. Salah seorang yang mempengaruhi dan bertanggungjawab yang dimaksudkan dalam kejayaan Warren Buffet adalah Benjamin Graham. Buffet begitu meminati falsafah dan prinsip  pelaburan Graham. Pelbagai ilmu diperolehi dan membolehkan beliau menggunakan ilmu yang ada untuk menjadi orang yang terkaya di dunia.
Kata Buffet,“Kemungkinan peristiwa ditolak oleh Sekolah Perniagaan Harvad merupakan perkara yang paling bertuah pada saya.”
Salam inspirasi!