---> Blog Kaunselor <---
Klik 'Blog Kaunselor' ke blog cikgu fara .

MAJLIS PELANCARAN AMALAN GURU PENYAYANG DAN PROGRAM MENTOR MENTEE SAHSIAH 2016 BERTEMAKAN SENYUM.. SAPA.. SALAM.. SMART..


Majlis Pelancaran ini telah berlangsung dengan jayanya pada 22.02.2016. Tema Amalan Guru Penyayang Tahun 2016 adalah Senyum.. Sapa.. Salam.. Smart.. 
Pada majlis yang sama turut diselitkan penyerahan modul Mentor Mentee Sahsiah 2016 yang berfokus kepada Kempen Ponteng Sifar 2016 dengan target kehadiran purata kehadiran sekolah mencapai 96% keseluruhan tahun 2016 dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Diharapkan semua yang dirancang tercapai matlamat dan objektif program..
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini..
Yang baik itu datangnya dari Allah dan Kelemahan itu adalah daripada diri saya sendiri..
Daaaaaaaaaaaaa.......


Pn. Farahiyah selaku penyelaras (kaunselor) bertindak sebagai pengacara majlis.

Cikgu Mohd Amran membacakan doa bagi memberkati Majlis Pelancaran 

Ucapan Perasmian Majlis oleh Puan Guru Besar: Pn. Hjh Norazmah Bt Shuib

Murid-murid memberikan perhatian dan khusyuk mendengar info yang dihebahkan..

Tema majlis dengan smart board hasil daripada Cikgu Praktikum iaitu Cikgu Yap dan Cikgu Heng dari IPG Kampus Tuanku Bainun..

Gimmik Pelancaran : Semua pentadbir asyik untuk memotong reben perasmian pada Smart Board..


PK HEM : Pn. Hamidah menyerahkan modul mentor mentee kepada guru kelas iaitu mentor 1
PK Pentadbiran : Pn. Hjh Siti Suria menyerahkan modul Mentor Mentee Sahsiah kepada Guru Kelas
PK kokurikulum : Pn. Sharifah menyerahkan modul mentor mentee sahsiah kepada guru kelas ..