---> Blog Kaunselor <---
Klik 'Blog Kaunselor' ke blog cikgu fara .

PENCARIAN BAKAT PELAJAR PINTAR CERDAS SARINGAN PERINGKAT PERTAMA UJIAN DALAM TALIAN UKM 1 : PERMATA PINTAR


Info Mengenai Pusat Permata Pintar :

Pusat PERMATApintar Negara adalah satu-satunya pusat kecemerlangan di Malaysia yang bertanggungjawab mengenalpasti pelajar-pelajar pintar dan berbakat dari seluruh tanah air dan memberikan mereka peluang untuk mengembangkan potensi dan bakat mereka.     

          

  Ujian PERMATApintar UKM1

 Ujian PERMATApintar UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun. Untuk menggunakan ujian saringan ini, pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci. Sekiranya pelajar berhenti atau talian terputus, maka pelajar boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat.

                 Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain semasa menjawab soalan dalam ujian saringan ini. Pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar perlu memasukkan maklumat peribadi, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sebelum memulakan ujian saringan ini.
  1. *Nota:
    1. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sahaja.
    2. Guru sekolah dibenarkan untuk mendaftar pelajar secara berkelompok (lebih dari 50 pelajar).



 
PROGRAM INI TERBUKA KEPADA :

  1. REMAJA BERUSIA 8 TAHUN HINGGA 15 TAHUN SAHAJA
  2. HANYA SAH DILAKSANAKAN DI ATAS TALIAN SAHAJA (ONLINE)
  3. SILA KE http://ukm1.permatapintar.edu.my/ UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN DI ATAS TALIAN..
  4. UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI : http://www.permatapintar.edu.my 

No comments:

Post a Comment