---> Blog Kaunselor <---
Klik 'Blog Kaunselor' ke blog cikgu fara .

CERAMAH DAN DEMONSTRASI KERJAYA OLEH JABATAN PERTAHANAN AWAM


       LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM CERAMAH DAN
DEMONSTRASI KERJAYA 2011 : JABATAN PERTAHANAN AWAM 


NAMA PROGRAM / AKTIVITI


PROGRAM CERAMAH DAN DEMONSTRASI KERJAYA 2011 : JABATAN PERTAHANAN AWAM

TARIKH


17hb 
Oktober
 2011

TEMPAT

Dewan
Sekolah Kebangsaan Convent
Bukit Mertajam


ANJURAN


UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT BUKIT MERTAJAM



JAWATANKUASA PERLAKSANAAN
PROGRAM

AHLI JAWATANKUASA INDUK
PENGERUSI
PN. ROSNAH BT OMAR ( GURU BESAR)
NAIB PENGERUSI
PN. HJH. MAZLINA BT ABD. MUTHALIFF ( PK HEM)
PN. SITI SURIA BT WALAT ( PK PENTADBIRAN)
PN. HAMIDAH BT HUSSAIN ( PK KO KURIKULUM)
PN. CHE MAHIZAN BT. SAAD ( PENYELIA PETANG)
SETIAUSAHA
CIK FARAHIYAH BT JAAFAR

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

SIARAYA
EN. MISBAH B. ABU BAKAR
PENGACARA MAJLIS
PN. PAUZIAH MELATI BT. MOHD. TAHIR
KAWALAN MURID
PN. CHOONG NGET FAH
PN. NURULHUDA BT. ABD HAMID
PN. ASSAIKUMARI A/P KRISHNASAMY
JURUGAMBAR
PN. OOI  CHU LOOI
DOKUMENTASI
CIK FARAHIYAH BT. JAAFAR



SASARAN

Semua murid Tahun 6 dan guru  Sekolah  Kebangsaan Convent Bukit Mertajam.

OBJEKTIF

·          Mengadakan ceramah kerjaya dan demonstrasi kerjaya supaya murid dapat maklumat pendedahan kerjaya lebih menyeluruh dan berkesan.
·          Menekankan motivasi pembelajaran yang bersesuaian kepada murid-murid untuk mencapai kerjaya yang diinginkan

RASIONAL / JUSTIFIKASI PROGRAM

·          Mendedahkan murid-murid tentang lebih banyak maklumat kerjaya serta membina kerjaya dengan pendedahan yang diberikan
·          Mewujudkan motivasi pembelajaran untuk berusaha mencapai bidang kerjaya yang diingini.

PERLAKSANAAN PROGRAM

Program ini memberikan pendedahan sebenar kepada pelajar fungsi dan peranan serta peluang kerjaya di Jabatan Pertahanan Awam. Demonstrasi cara menyelamatkan mangsa ketika berlaku kes-kes kecemasan turut dipertontonkan dan murid dapat merasai pengalaman tersebut secara realiti




AKTIVITI YANG DIJALANKAN

a)     Ceramah Kerjaya
b)     Tayangan Slide
c)     Demonstrasi Bantuan Kecemasan
d)     Sesi Soal Jawab



REFLEKSI / IMPAK KESELURUHAN PROGRAM

Secara keseluruhannya, program ini dapat dijalankan dengan baik serta semua murid dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa taklimat diberikan. Berdasarkan pemerhatian , murid-murid dan guru menunjukkan minat yang tinggi kerana program ini merupakan satu pendedahan ilmu yang berharga bagi murid-murid. Sesungguhnya program seperti ini mesti diteruskan bagi melahirkan generasi yang berilmu dan tahu menentukan cita-cita serta memilih kerjaya yang sesuai dengan kelayakan peribadi.




PENUTUP

Ceramah seperti ini perlu dilaksanakan setiap tahun bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada semua murid sasaran selain mempelbagaikan lagi aktiviti sepanjang minggu kerjaya di peringkat sekolah. Komitmen dan kerjasama yang padu antara guru-guru adalah tunjang kepada kejayaan perlaksanaan sesebuah program .



Disediakan Oleh :-                                                              
                                   
Farahiyah Binti Jaafar                                                                              
Setiausaha                                                                                      
Program Ceramah dan                                                      
Demonstrasi Kerjaya 2011                                                            
                        
GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG
 PROGRAM BERLANGSUNG

CERAMAH KERJAYA DARIPADA PEGAWAI
DARI JABATAN PERTAHANAN AWAM





DEMONSTRASI KERJAYA OLEH PENCERAMAH





Teknik mengusung mangsa yang tercedera 





Teknik-teknik berlainan dalam menyelamatkan mangsa.
Salah satu kerjaya Jabatan Pertahanan Awam dalam
menyelamatkan mangsa kecemasan.



SUMBANGAN DAN CENDERAHATI KEPADA
PENCERAMAH OLEH GURU BESAR




En. Noorzaimi Bin Zainol Abidin &
 Pn. Siti Azura Bt. Hassan
Anggota Sukarela Tugas Pejabat,
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

No comments:

Post a Comment