LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM CERAMAH AWAL REMAJA 2011
NAMA PROGRAM / AKTIVITI | PROGRAM CERAMAH AWAL REMAJA 2011 | ||
TARIKH | 17hb Oktober 2011 | TEMPAT | Dewan Sekolah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam |
ANJURAN | UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT BUKIT MERTAJAM | ||
JAWATANKUASA PERLAKSANAAN PROGRAM | AHLI JAWATANKUASA INDUK PENGERUSI PN. ROSNAH BT OMAR ( GURU BESAR) NAIB PENGERUSI PN. HJH. MAZLINA BT ABD. MUTHALIFF ( PK HEM) PN. SITI SURIA BT WALAT ( PK PENTADBIRAN) PN. HAMIDAH BT HUSSAIN ( PK KO KURIKULUM) PN. CHE MAHIZAN BT. SAAD ( PENYELIA PETANG) SETIAUSAHA CIK FARAHIYAH BT JAAFAR AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA SIARAYA EN. MOHD AMRAN B. MOHD SAID PENGACARA MAJLIS PN. RASHIMAH BT. HARUN KAWALAN MURID PN. LISA SAI PHAIK LENG DOKUMENTASI CIK FARAHIYAH BT. JAAFAR | ||
SASARAN | Semua murid Tahun 6 dan guru Sekolah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam. | ||
OBJEKTIF | · Memberi pendedahan kepada murid-murid dalam menempuhi alam remaja. · Dapat membuat persediaan diri dengan lebih awal untuk menempuhi alam remaja dengan penuh yakin. · Dapat menerima dan memahami akan perubahan fizikal, mental dan emosi diri dengan sebaik mungkin. · Tahu menjaga keselamatan diri dan menjaga adab sopan. · Tahu menjaga kebersihan diri dan kesihatan diri dengan sempurna. | ||
RASIONAL / JUSTIFIKASI PROGRAM | · Ceramah Awal Remaja dapat melahirkan remaja yang memahami keperluan sebenar kehidupan seta kepentingan untuk menjaga dan memelihara jati diri serta mampu bersaing dengan persekitaran yang semakin mencabar dan merosakkan. | ||
PERLAKSANAAN PROGRAM | Program ini bertujuan melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani (IREJ) dan juga bagi melahirkan murid-murid yang sentiasa mencari ruang untuk memperbaiki diri dan tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan. | ||
AKTIVITI YANG DIJALANKAN | a) Ceramah Awal Remaja b) Tayangan Slide c) Sesi Soal Jawab | ||
REFLEKSI / IMPAK KESELURUHAN PROGRAM | Secara keseluruhannya, program ini dapat dijalankan dengan baik serta semua murid dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa taklimat diberikan. Berdasarkan pemerhatian , murid-murid dan guru menunjukkan minat yang tinggi kerana program ini merupakan satu pendedahan ilmu yang berharga bagi murid-murid. Sesungguhnya program seperti ini mesti diteruskan bagi melahirkan generasi yang sentiasa bersedia menghadapi alam remaja seterusnya alam dewasa apabila mereka berganjak ke alam yang lebih mencabar dan penuh dengan persaingan. | ||
PENUTUP | Ceramah seperti ini perlu dilaksanakan setiap tahun bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada semua murid sasaran bahawa mereka perlu sentiasa bersedia dalam menempuh dunia sebenar. Komitmen dan kerjasama yang padu antara guru-guru adalah pemangkin ke arah memantapkan jati diri anak –anak didik. |
Disediakan Oleh :-
Farahiyah Binti Jaafar
Penyelaras
Program Ceramah Awal Remaja 2011
GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG
PROGRAM BERLANGSUNG
CERAMAH AWAL REMAJA OLEH JABATAN KESIHATAN DAERAH SPT
Stress merupakan gejala yang sering melanda remaja yang sedang meningkat usia. Oleh itu cara mengawal dan mengangani stress perlu dengan urutan menghilangkan stress yang betul.
PENCERAMAH JEMPUTAN DARI
JABATAN KESIHATAN DAERAN SPT
Jururawat U29
Unit Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah (Berapit)
No comments:
Post a Comment