---> Blog Kaunselor <---
Klik 'Blog Kaunselor' ke blog cikgu fara .

Projek Terapi Jiwa dan Minda " Therapy garden & Water Therapy"



 



Alhamdulillah.. projek yang diangan-angankan akhirnya menjadi kenyataan.. sebagai kaunselor saya sangat teruja dan lebih bersemangat untuk berada di bilik bimbingan dan kaunseling.. suasana yang teraputik dan nyaman dengan deruan air yang mengalir memberikan sejuta ketenangan kepada jiwa dan minda..
          Jutaan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu kepada Pn. Hjh. Mazlina (PK HEM) kerana telah meluluskan kertas kerja untuk projek ini  yang membuka laluan untuk saya dan pelajar praktikum iaitu Cikgu Syamira dan Cikgu Syaza yang bertungkus lumus dalam menyiapkan projek ini dalam masa 4 hari sahaja. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Pn. Siti Suria kerana banyak membantu berkongsi ilmu dan pengalaman beliau serta memberikan tunjuk ajar dalam menanam dan menyusun atur "therapy garden" menjadi begitu damai dan menarik sekali.

         Cikgu mengharapkan agar murid-murid akan lebih suka ke sekolah kerana mempunyai tempat yang sesuai untuk berkongsi masalah, pendapat dan meluahkan rasa selain mendapat ketenangan apabila mengunjungi ke bilik bimbingan dan kaunseling.
           Semoga segala usaha ini akan memberikan kesan yang positif kepada seluruh warga SK Convent Bukit Mertajam. Dibawah ini cikgu kongsikan gambar-gambar sepanjang proses pembinaan projek terapi jiwa dan minda berlangsung.

 




 
PERMANDANGAN DAN RUANG TAPAK SEBELUM PROJEK TERAPI DILAKSANAKAN






 
KERJA-KERJA PROJEK SEDANG BERJALAN
 

 

 
 






 
  





 
 
KENANGAN BERSAMA CIKGU SYAZA DAN CIKGU SYAMIRA
 

 



SAMBUTAN HARI KO KURIKULUM 2013


Kelab Bimbingan dan Kaunseling sekali lagi melatih ahli kelab untuk berniaga.. ini merupakan satu komitmen yang diperlukan bagi merealisasikan matlamat dalam kaunseling kerjaya.. iaitu mendidik pelajar dan mendedahkan mereka kepada alam sebenar dunia pekerjaan sambil belajar..

jom kita layan gambar gambar sepanjang program tersebut.. tak banyak gambar yang ada kerana cikgu fara bz di dapur... hehheehe

anyway.. terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjaya gerai Unit Bimbingan dan Kaunseling .. " WESTERN CORNER"...






YUMMY...YUMMY...YUMMY...