---> Blog Kaunselor <---
Klik 'Blog Kaunselor' ke blog cikgu fara .

MURAL PPDa : Pendidikan Pencegahan Dadah


Alhamdulillah... akhirnya berjaya juga mural PPDa ini dihasilkan.. selepas 2 hari bertungkus lumus di sekolah bermula 28 hingga 29 Mei 2013 (CUTI SEKOLAH).. Semoga murid-murid akan lebih bermotivasi dan menjauhi diri daripada bahaya DADAH DURJANA..

Ini merupakan sebuah lagi projek oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SKCBM.. Jangan terkejut ye.. Cikgu cuba mencungkil bakat dalam diri cikgu dan mencabar ruang bakat tersebut di sini.. bagi yang mahir.. semoga teguran membina diberikan untuk perkembangan bakat dan potensi diri pada masa hadapan.
                   Bidang PPDa merupakan salah satu daripada 6 bidang utama Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah terutama di dalam membentuk dan membina sahsiah murid-murid.
                   Di bawah ini cikgu nak kongsikan beberapa keping gambar sepanjang proses penghasilan MURAL PPDa ini.. 

Tudia !!!!!  A+ kalau kita jauhi dadah durjana.. Dalam MAKNA MURAL ni..

Dinding yang belum menerima sentuhan Cikgu Farah..

PN. Farah sedang asyik mewarna Mural yang telah dilukis beliau.

Alahai amoi mana lah tukan yang tengah di "touched up" oleh kaunselor kita..

Wahhhh Deborah pon like yer dengan Mural yang baru siap nih...

MAJLIS SAMBUTAN PERSARAAN GURU BESAR : PN. ROSNAH BINTI OMAR



Tanam Keladi Di tempat Redup
Buat Batasan Perlahan-lahan
Telah Menjadi Kitaran Hidup
Ada Pertemuan Ada Perpisahan...

Kebaya Nyonya Habislah Basah
Kerana Tertumpah Air Minuman
Sedih Rasanya Untuk Berpisah
Tapi Itulah Lumrah Pertemuan...

Buah Bidara Di Tanjung Ru
Di Pohonnya Ada Sarang Tempua
Semoga Gembira Di Tempat Baharu
Itu Doa Kami Semua...

Pisau Lipat Telah Diasah
Jatuh Hilang Di Sawah Padi
Jarak Tempat Bukan Pemisah
Harap Hubungan Kekal Abadi...

Gambar-gambar di sepanjang majlis persaraan Guru Besar ..

AJK PIBG SESI 201/2014 MENGIRINGI GURU BESAR 
BERSAMA IRINGAN PALUAN KOMPANG

PENYERAHAN BUNGA OLEH ANAK BELIAU SENDIRI

KAUNSELOR : PN FARAHIYAH BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA GURU BESAR

GIMIK PERSARAAN : GURU BESAR DIARAK MENGGUNAKAN BECA OLEH GURU-GURU SAMBIL DILAMBAI OLEH MURID-MURID DI SEPANJANG PERKARANGAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH...

" Pn. Rosnah ... 
Hadirmu Membawa Cahaya.. 
Pergimu Diiringi Doa... 
Semoga Kau Bahagia... "







SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2013 : 1 ASPIRASI 1 AGENDA



SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 

1 ASPIRASI  1 AGENDA 


Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.

Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka,
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Meski Utarid kabur pandangannya,
Hanya percaya kuasa Tuhan,
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.

Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat,
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.

dipetik daripada :  http://irhafiez.blogspot.com