---> Blog Kaunselor <---
Klik 'Blog Kaunselor' ke blog cikgu fara .

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR 2013




Program ini merupakan kerjasama diantara Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Disiplin dan Pusat Sumber Sekolah.. Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.. Kepada fasilitator jemputan dari SMKCBM terima kasih kerana membantu kami dalam melancarkan perjalanan sepanjang program..

Program ini bertujuan untuk memotivasikan dan membuka minda semua para pengawas dan ketua serta penolong ketua kelas agar bijak membuat keputusan, mengambil tindakan di dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Program ini  dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mendapat sokongan daripada semua pihak.






















OBJEKTIF PROGRAM 

  • Menjadi platform bagi peserta mengenal pasti keistimewaan dan  kepimpinan peribadi.
  • Membangkitkan kesedaran diri peserta mengenai keunikan dan kehebatan peribadi dari segi aspek kepimpinan.
  • Memberikan kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya NILAI KEPIMPINAN dalam diri terhadap diri sendiri, individu, agama, masyarakat dan Negara. 
  •  Membantu peserta mengenali personality diri dan personality belajar bagi memudahkan mereka mengadaptasi diri pada posisi pembangunan bakat yang tepat.
  • Membentuk jati diri pelajar untuk lebih berketrampilan dan bertanggungjawab serta mengaplikasikan peranan sebagai seorang pemimpin ulung.

PROGRAM MENTOR MENTEE 2013





Wow..!!!! selain menjadi guru.. semua guru adalah ibu kepada semua pelajar di sekolah.. ini terbukti dengan kewajipan perlaksanaan program mentor mentee di peringkat sekolah yang wajib dijadikan program tahunan kepada sekolah..

keadaan ini menunjukkan betapa kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil berat mengenai masa hadapan semua rakyatnya terutama generasi muda yang bakal memimpin negara..

Mementingkan aspek sahsiah dan akademik merupakan landasan utama untuk melahirkan modal insan yang berkualiti untuk meneraju kejayaan ekonomi dan kesejahteraan negara Malaysia..

justeru itu, pada bulan April 2013, pelancaran mentor mentee akan dilaksanakan bagi merealisasikan matlamat dan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan suasana penyayang dengan budaya penyayang di sekolah. Program guru penyayang disambut baik oleh semua guru dan pelajar..

Semoga dengan pelancaran Program Mentor Mentee di sekolah akan dilaksanakan oleh semua guru dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab..


sekian.. wasalam..